Pages

Sunday, September 9, 2012

RESEPI SIHAT DAN KUAT..SUP TAUGEH!!

Hari ni adalah masanya  untuk menghabiskan stok-stok sayur yang masih ada dalam peti..Ada lebih kurang segenggam lagi taugeh dalam peti ni..kalau tak masak ari ni, bakal masuk dalam tong sampah la jawabnya..daripada masuk tong sampah baiklah masuk tong drum aku..dilarang membazir OK..JOMlah kita masak resepi sihat dan kuat ni..

Bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang)
1.  3 ulas bawang putih diketuk
2.  1 hiris halia dimayang
3.  1 biji tomato didadu
4.  3 sudu olive oil /miyak masak biasa
5.  1 keping isi ayam didadu
6.  3 biji cili padi
7.  1 biji cili besar merah untuk hiasan
8. 2 cawan air paip
9. garam dan perasa secukup rasa

cara-cara

1. tumiskan bawang dan halia sehingga keperangan
2. masukkan tomato dan tumis seketika
3. masukkan isi ayam dan tumis seketika
4. masukkan dua cawan  air  dan biarkan mendidih. setelah mendidih biarkan selama 5-10minit.
5. kemudian masukkan taugeh, cili padi dan cili merah yang telah dipotong.
6. perasakan dengan garam dan MSG(sekiranya mahu).
6. biarkan seketika dan kemudian boleh dihidangkan.

jangan biarkan taugeh terlalu lama, takut nanti overcooked pula..

No comments:

Post a Comment