Pages

Thursday, September 27, 2012

RESTORAN KAPAL

Rata-rata diantara kita yang tinggal di KL lebih-lebih lagi di kawasan kampung baru pasti pernah singgah atau paling tidak pun mengetahui akan kewujudan retoran kapal aka the ship.
bagi aku pula, semenjak 5 tahun tinggal di kampung baru, telah banyak kali jugalah aku singgah makan dekat the ship

 Yang terbaru aku  pergi ialah beberapa hari yang lepas.
Yang menarik tentang restoran ini ialah interiornya yang menggunakan hiasan kapal, laman dalaman yang luas dan banyak hiasan yang menarik.

restoran dari dalam replika kapal yang kami duduk
Semasa kami sampai, orang masih belum ramai dan banyak pilihan tempat. Aku dan kawan memilih tempat makan didalam replika kapal. Menu yang dipilih ialah fillet steak dan chicken golden blue.

fillet steak
Chicken Golden Blue
 hmmm...overall yang fillet steak tu aku puas hati sebab daging dia lembut..cuma waktu steak tu sampai dah tak panas sangat. aku suspect dia dah buat awal-awal lagi dan panaskan bila orang order..hmm kalau panas-panas mesti lagi best..
kawan aku yang order chicken golden blue tu puas hati sangat dengan rasa dia..sebab bila cucuk je sudu, terus mengalir keluar cheese dalam ayam tu..dia tu cheese lover..memang dia suka la..
Untuk air plak kami order fresh orange. sedap!!!

No comments:

Post a Comment