Pages

Sunday, September 23, 2012

NASI ARAB DATARAN NILAI

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Minggu ni ada orang bawa makan kat restoren arab
"marhaban bikum" yang terletak kat dataran, Nilai. Waktu tengah order tu aku dah terbayangkan nasi dia yang panjang dan sangat fluffy..wah mesti best!!
Kami order dua jenis menu. Nasi arab kambing untuk tiga orang makan dan nasi arab ayam untuk tiga orang makan. cuba teka berapa orang yang nak makan ni?? tiga?? Mestilah enam orang..bukan tiga ok..hehehe.
 Selalunya kalau order macam ni..dia akan hidangkan dalam pinggan yang besar atau pun talam. maksudnya akan ada dua hidangan sahajalah. tapi lain pula yang datang. setiap orang dapat satu pinggan nasi.





 wah banyak gilerrr nasi dia..orang yang nak makan pula semuanya  kurus2 dan slim2..pompuan plak tu..confirm tak habis lah..yang askar tak dapat datang coz habis kerja lewat malam ni..tak apa lah apa-apa pun makan je lah..
Bagi aku nasi arab ni sedap gak la. Nasi dia lembut tapi tak selembut kat kedai iran yang pernah aku makan. daging kambing pula sangat sedap..lembut gilerrr. Yang ayam pula bagi aku so-so sahaja. Tapi kawan aku yang sorang ni asyik dok membebel je, dia kata kalau bukan sebab orang belanja mesti dia rasa sangat tak berbaloi..sebab tak sedap. biasa lah tu..ada orang yang suka dan ada yang tak..aku rasa dia jenis yang takkan suka makanan arab kot.






harga?? hmm harga tak mahal sangat..yang ayam RM 12 and kambing RM14. total semua plus minuman RM106.50. Tauke dia potong 0.50 sen je kat aku. huhuhu.
 At the end memang tak habis..nasi pun tak luak separuh..banyak sangat kot. tak boleh nak tolak masuk dah. so, lain keli kena kongsi je.

No comments:

Post a Comment