Pages

Wednesday, September 19, 2012

SUSHI KING..OCTOPUS SUSHI & THAI

ASSALAMUALAIKUM..malam ni keluar lagi bersama housemates tercinta ke KLFC. kami plan nak makan sushi king sempena besday salah seorang daripada kami..agak ramai juga customer mereka malam ni,lebih kurang macam SAKAE SUSHI..ada bebrapa meja yang kosong.

setelah mengambil tempat berdekatan dengan sushi yang tengah berlari-lari tu. kami tungu la sesiapa datang nak ambil order. kat atas meja ni pula ada beberapa pinggan kotor yang tak dipungut lagi..tapi disebabkan tak ada tempat lain yang best, kami duduk juga kat meja tu. Sementara menunggu pelayan datang ambil pesanan kami grab beberapa sushi. Layan gambar je la ek..


 Ini lah sushi pilihan aku. sashimi..saja nak rasa benda ni..nak cuba memahami kenapa orang jepun suka makan sashimi..tapi ternyata lidah Malaysia ku tak berapa menyukai..hahaha..rasa dia plain je...
setelah 15 minit barulah ada pelayan yang datang bagikan menu. dia tinggalkan kami untuk pilih. tapi selepas itu, kami tunggu punya tunggu tak ada yang datang ambil pesanan..farah angkat tangan, kononya nak panggil waiter ambil order la,tapi rupa-rupanya orang yang dia panggil tu customer juga..hahahaha.. malu sekejap..
Fedup lah macam ni..dah tunggu 15minit pun tak ada yang datang lagi..so,  kami putuskan nak pergi sakae sushi je la..lepas bayar harga sushi yang kami makan tadi, kami pun pergi la ke sakae sushi. but restoran sakae tu TUTUP!!!!!!..sedihnya.kenapa hari ni nak TUTUP!!
Untuk menutup kekecewaan, kami makan la dekat OCTOPUS SUSHI & THAI.
  Aku dan izaty je yang order. Farah taknak coz dia tak berkenan ngan mana-mana makanan. ini lah dia makanannya...
nama dia: Crispe Noodle Lat Na


ini pula Oyako Don


Nampak sedap kan??? tapi dukacita aku maklumkan hanya INDAH KHABAR DARI RUPA. aku punya crispe tu terlebih garam dan rasa dia macam tak blend..Oyako don tu pula terkurang garam..tawar sungguh rasa dia. ke sebenarnya dia nak tambah garam kt oyako tapi tersalah tambah dalam crispe..
Akibatnya..tak habis lah..HARI INI DALAM SEJARAH AKU TAK HABIS MAKAN!!!!..selalunya aku lah tukang sapu yang tolong habiskan makann orang.
tak habis

Zaty pun tak habis gak..hikhik.zaty pun tak pernah tak habis makan..HARI INI DALAM SEJARAH GAK LA NI..bagi dia.
tak habis juga!!
Mujurlah mango blend dia sedap..

tak..eh yang ni Habis..heee
 Review kat atas ni,,hanyalah berdasarkan makanan yang kami makan sahaja. Mungkin menu yang kami pilih tu tak sesuai dengan citarasa kami..ALHAMDULILLAH kenyang juga..

2 comments:

  1. alahai syahdina..mmg mlm yg mengecewakan la semalam...tp hot&roll x ambil bahagian pon dalam nih..punya la kita duk bantai makan tgh2 kekecewaan..credit to hot&roll..takyah aku simbah hati yang pns nih ngn ais...

    ReplyDelete
  2. Hot & roll ahh..tak boleh nanti orang tahu aku tak habis makanan kat atas sebab perut dah kenyang melantak hot roll sebelum tuhhh

    ReplyDelete