Pages

Sunday, September 16, 2012

PRODUK CLINIQUE

ASSALAMUALAIKUM.
 hari ni aku nak berkongsi tentang satu produk kecantikan iaitu..CLINIQUE. Mesti ramai yang dah kenal kan produk ni??  Aku berkenalan dengan produk ni, bila aku baca review bloggers tentang produk yang berkesan untuk kulit muka berjerawat. Ada beberapa bloggers yang sukakan clinique sebab clinique menjadi untuk muka diorang.

Aku ni pula jenis yang suka mencuba dan pada waktu itu pula aku sangat-sangat memrlukan produk yang sangat berkesan untuk muka. Muka aku berjerawat, ada bintik putih dan kusam.Aku pun pergi la beli clinique dekat sogo,KL. Habis dalam RM400 lebih untuk set yang 3 basic step tu + satu cleanser.

facial soap, toner dan moisturizer
  Promoter tu cakap, aku cuci muka tak bersih sebab tu la muka aku jadi macam ni, so dia suruh aku beli cleanser untuk tanggalkan bedak dan mekap. Katanya pencuci muka sahaja tak memadai, cleanser ni boleh mencuci lebih berkesan lagi.

cleanser
Inilah cleansernya. dipakai selepas balik kerja atau bila-bila rasa nak tanggalkan mekap. cara pakai dia, kena sapukan cleanser ni dekat muka, lepas tu gosok sekeliling muka. gosok lama-lama sikit. aku juga ada dapat tiga barang free..


Dia bagi aku scrub, sunblock dan krim untuk sapu sekeliling mata (tak tahu nama dia apa). aku suka pakai scrub dia, sebab dia tak kesat sangat. promoter tu cakap stok ni boleh tahan sampai empat bulan. So, memang betul la cakap dia, aku punya boleh tahan sampai 6 bulan.

Overall, produk ni tak berkesan untuk kulit muka aku. dia agak mild sikit. kulit muka aku tak ada perubahan pun. jerawat masih tumbuh meliar, bintik putih apatah lagi. Pada pendapat aku, kulit muka yang beresdung tak sesuai guna produk ni. lepas ni aku nak stop dan guna produk lain.

2 comments:

  1. salam, untuk kulit muka yang cantik dan tidak kusam, penjage utamanya adalah dari dalam.. produk skincare luaran kadang-kadang tak serasi dengan kita. saya hanya menggunakan pencuci muka, toner dan moisturiser kadang-kadang sahaja guna..

    apa yang penting adalqh supplement skincare yang kita ambil untuk kecantikan dari dalam. so, blh try amalkan makan vit c, vit e dN b complex dgn istiqomah.. insyaallah, berhasil..

    saya sarankan beli jenama Shaklee, harganya mampu milik untuk consume 4 bulan, insyaallah..

    ReplyDelete
  2. owh terima kaseh..mak saya pon cakap cam ni..insyaallah sekarang tengah amalkan vitamin e dan multivitamin

    ReplyDelete