Pages

Friday, September 28, 2012

UJIAN BERTALI ARUS

Ujian diberikan ALLAH kepada kedua-dua orang kafir dan muslim. Tapi bagi seorang muslim ujian yang diberikan itu adalah bersebab. Bgi seseorang yang melakukan banyak dosa,ujian yang dihadiahkan adalah sebagai penghapus dosa. Dan sebaliknya pula, ALLAH ingin berikan pahala dan meningkatkan darjat seorang muslim itu disisiNYA dengan ujian yang diberikan. Oleh itu, sebagai muslim kita kenalah bersabar dan tabahkan hati dalam menempuhi sebarang dugaan kerana dugaan itu datang dengan pelbagai kemanisan.

 Orang yang sering diuji, sering ditimpa kesusahan bukan bererti ALLAH tidak menyayanginya. kita tengoklah sendiri sejarah Rasulullah yang kita sayangi. Rasulullah ialah kekasih ALLAH tetapi rasulullah merupakan antara orang yang banyak diuji. Kita boleh teliti sendiri sirah rasululullah. sewaktu didalam kandungan ayah baginda meninggal dunia, kemudian diikuti oleh ibu baginda, kemudian datuk dan bapa saudara baginda, isteri baginda dan anakanda baginda Ruqayah. Kemudian lihatlah jalan dakwah rasulullah..bukannya dihampar permaidani indah tapi penuh dangan duri dan kaca. Adakah ALLAH tidak sayang pada Rasulullah? tentulah ALLAH menyayangi baginda. dan kerana ALLAH sayang baginda, maka allah hadiahkan pelbagai ujian untuk mendidik dan menguatkan baginda.

Apabila kita ditimpa ujian, kita disunatkan untuk melafazkan istirja"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un"
Apa maksud lafaz ini? daripada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita dikembalikan. Apabila kita ini daripada ALLAH, milik ALLAH, maka kita layak untuk diuji oleh ALLAH.

Allah menyayangi kita melebihi seorang ibu menyanyangi kita. Pastinya ujian yang diberikan tidak akan  melebihi kemampuan seseorang itu. Jadi bila ujian datang bertali arus, janganlah kita rasa seperti tidak disayangi ALLAH kerana ujian yang diberikan itu adaalah hadiah untuk menguatkan kita, mengampunkan kita dan memberikan pahala kepada kita. Adakah ini masih bermaksud ALLAH membenci kita??ALLAH lah yang paling menyayangi kita.

"Tuhan membaling kita denagn batu-batu kecil..supaya kita sedar dari kesilapan, tetapi apabila kita masih tidak sedar Tuhan akan membaling kita dangan batu-bata yang lebih besar..supaya kita tersedar"

"ALLAH MENGUJI KITA KERANA ALLAH MENYAYANGI KITA"

-perkongsian daripada Ustaz Pahrol, IKIM (29/9/2012)

No comments:

Post a Comment