Pages

Thursday, September 27, 2012

POTATO SALAD

Assalamualaikum. Nak share la resepi salad potato yang dibuat beberapa hari yang lepas. Walaupun resepi ni simple je dan rasanya semua orang pun boleh buat, tapi nak share jugak.. heeee


Bahan-bahan:
- 4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu*
-2 biji telur*
-4 keping meatloaf *- aku guna jenama ayam dinding
-10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
-2 tangkai daun salad dihiris
-1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
-1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
-3 sudu besar mayonese
-Garam secukup rasa

 Cara-cara:
- Rebuskan bahan-bahan bertanda*.
-Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
-hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
-kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
-Sedia untuk dihidangkan.

potato salad ni sesuai sebagai side dish untuk dimakan bersama pasta. Aku makan salad ni dengan pasta bakar dan apple pie..YUMMY!!







No comments:

Post a Comment