Bahan-bahan:
A) laksam
- 1 1/2 cawan tepung beras
-3 sudu gandum
-2 sudu tepung jagung
-1 cawan air. masukkan sikit-sikit. pastikan adunan tak terlalu pekat. kalau pekat boleh tambah air lagi
B) Kuah
*8 ekor isi ikan sardin yang bersaiz sederhana. Ikut korang la, kalo ikan besar-besar, kurangkan lah ..
-1 cawan santan pekat
-lada hitam ditumbuk
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 inci halia
kesemua bahan bertanda * diblend bersama.
C)Ulam
- sebatang timun dihiris memanjang
- kacang panjang dipotong halus
-bunga kantan dihiris halus
-taugeh
Step-stepnya: laksam
- letakkn air separuh penuh kedalam pengukus dan panaskan terlebih dahulu
- campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung kedalam bekas
- kemudian tambahkan air sehingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat.
kalau tepung korang berketul-ketul, korang boleh la tapis dulu ye |
-sedia untuk dikukus. korang boleh guna tutup periuk sebagai acuan untuk laksam. aku tak ada tutup periuk yang sesuai, jadi aku guna pinggan je.
-leserken beberapa titis minyak keatas pinggan. sendukkan adunan kedalam pinggan/tutup periuk. jangan tebal-tebal sangat ye!
kalau nak guna pinggan, pastikan guna yang cetek ye |
-bila dah masak, angkat dan sejukkan.
-bila dah sejuk boleh la digulung
-kemudian guntingkan dia cantik-cantik ye.
Step-step: Kuah
-campurkan bahan yang diblend dan secawan santan pekat kedalam periuk.
-tambahkan sedikit air,ikut kepekatan yang korang nak. bagi aku lagi pekat kuahnya lagi best.
-masukkan dua keping asam keping.
-kacau sehingga mendidih.
-setelah mendidih, masukkan satu sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk.
-perasakan dengan garam,gula dan MSG. setelah cukup perasa boleh la ditutup.
-sedia dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal merah.
Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment