Jenuh ku usir rasa ini
biar berlalu dari kamar hatiku
tak ingin rasa ini bertamu
walau hanya di laman hatiku
kerna aku bersahaja
kau yang luar biasa
Andai dibiarkan rasa ini
pasti kan meggebu di dadaku
peritnya kan kutanggung
kerna pasti takkan mampu
untukku menyusun madah
bait-bait kata yang indah
apatah lagi untuk menyulam bicara
memberi lafaz penuh bermakna
kerna kau luar biasa
aku pula manusia bersahaja
insan biasa
lalu kukepilkan rasa ini
jauh didalam laci hatiku
andai tak dapat dikikis
kan ku kunci sahaja
biarkan begitu
tersembunyi dari dirimu
relaku begini
hanya memandangmu dari kejauhan
membiarkan sahaja takdir yang menentukan
kerna ku lebih yakin akan takdir tuhan
dari rasa yang hadir dalam hatiku
buat insan yang luar biasa sepertimu
Lalu ku titipkan doa
Moga tuhan kirimkan yang terindah buatmu
No comments:
Post a Comment