Apa khabar semua??? Pernah tak makan , maggie ketam?? Kalo xpernah..jom try maggie ketam kt kedai Alemy Maggie Ketam..kedai ni terletak di kawasan cherang ruku, kelantan berdekatan dgn balai polis..
Tentang Rasa
ASSALAMUALAIKUM WBT semoga hari-hari yang berlalu menjadi hari-hari yang terbaik dalam hidup ini..
Monday, December 16, 2013
Maggie ketam...ketam...ketam...best3
Apa khabar semua??? Pernah tak makan , maggie ketam?? Kalo xpernah..jom try maggie ketam kt kedai Alemy Maggie Ketam..kedai ni terletak di kawasan cherang ruku, kelantan berdekatan dgn balai polis..
Saturday, December 14, 2013
Spagetti carbonara dgn ayam cendawan ala jamie oliver
Tu dia panjang betul nama resepi ni..suka tgk rancangan masakan jamie kt tlc..ala yg 15 minutes meal..bersungguh dia dok ajar canne nak masak dlm ms 15 minut..bukan cikai2 punya masakan tu..masak nasi n complete set with lauk pon dia boleh wat dlm 15 minit jerrr..kelas gitu...well, pada sape yg sibuk sampai xsempat nak masak boleh la watch this show utk blaja serba sedikit tips ye..tolong promote plak.
Ada satu episode tu, tgk dia goreng ayam..simple je, rasanya mmg sesuai utk org berdiet, tp xde la wt exactly macam dia coz xde bahan2 yg dia guna..kita tiru style je la..bahan sendiri2 adjust..masak ni flexible je kwn2...juz throw2 all the ingredient yang u rasa sesuai..anggap macam experiment..hehehe...tp igt.....
Bom!!!! Jgn sampai ada apa2 yg meletop sudah la ye..jom lyn gambarnya dulu..resepi nanti I post lg ye.
Friday, September 28, 2012
UJIAN BERTALI ARUS
Orang yang sering diuji, sering ditimpa kesusahan bukan bererti ALLAH tidak menyayanginya. kita tengoklah sendiri sejarah Rasulullah yang kita sayangi. Rasulullah ialah kekasih ALLAH tetapi rasulullah merupakan antara orang yang banyak diuji. Kita boleh teliti sendiri sirah rasululullah. sewaktu didalam kandungan ayah baginda meninggal dunia, kemudian diikuti oleh ibu baginda, kemudian datuk dan bapa saudara baginda, isteri baginda dan anakanda baginda Ruqayah. Kemudian lihatlah jalan dakwah rasulullah..bukannya dihampar permaidani indah tapi penuh dangan duri dan kaca. Adakah ALLAH tidak sayang pada Rasulullah? tentulah ALLAH menyayangi baginda. dan kerana ALLAH sayang baginda, maka allah hadiahkan pelbagai ujian untuk mendidik dan menguatkan baginda.
Apabila kita ditimpa ujian, kita disunatkan untuk melafazkan istirja"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un"
Apa maksud lafaz ini? daripada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita dikembalikan. Apabila kita ini daripada ALLAH, milik ALLAH, maka kita layak untuk diuji oleh ALLAH.
Allah menyayangi kita melebihi seorang ibu menyanyangi kita. Pastinya ujian yang diberikan tidak akan melebihi kemampuan seseorang itu. Jadi bila ujian datang bertali arus, janganlah kita rasa seperti tidak disayangi ALLAH kerana ujian yang diberikan itu adaalah hadiah untuk menguatkan kita, mengampunkan kita dan memberikan pahala kepada kita. Adakah ini masih bermaksud ALLAH membenci kita??ALLAH lah yang paling menyayangi kita.
"Tuhan membaling kita denagn batu-batu kecil..supaya kita sedar dari kesilapan, tetapi apabila kita masih tidak sedar Tuhan akan membaling kita dangan batu-bata yang lebih besar..supaya kita tersedar"
"ALLAH MENGUJI KITA KERANA ALLAH MENYAYANGI KITA"
-perkongsian daripada Ustaz Pahrol, IKIM (29/9/2012)
SOSEJ BERKERAK CHEESE
BAHAN2:
-4 batang sosej yang dikelar
-mentega
-2 sudu teh serbuk lada hitam
-satu keping cheddar cheese dipotong kecil
CARA2:
-sapukan mentega diatas pan yang telah dipanaskan.
-taburkan lada hitam diserata mentega yang mencair didalam pan tadi.
-kemudian letakkan sosej dan gorang sehingga masak
-setelah sosej masak, taburkan cheddar cheese keatas pan.
-setelah keju mencair, gaul rata sosej keatas cheese tadi.
-siap!!!
Thursday, September 27, 2012
POTATO SALAD
Bahan-bahan:
- 4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu*
-2 biji telur*
-4 keping meatloaf *- aku guna jenama ayam dinding
-10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
-2 tangkai daun salad dihiris
-1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
-1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
-3 sudu besar mayonese
-Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Rebuskan bahan-bahan bertanda*.
-Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
-hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
-kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
-Sedia untuk dihidangkan.
potato salad ni sesuai sebagai side dish untuk dimakan bersama pasta. Aku makan salad ni dengan pasta bakar dan apple pie..YUMMY!!
RESTORAN KAPAL
bagi aku pula, semenjak 5 tahun tinggal di kampung baru, telah banyak kali jugalah aku singgah makan dekat the ship
Yang menarik tentang restoran ini ialah interiornya yang menggunakan hiasan kapal, laman dalaman yang luas dan banyak hiasan yang menarik.
restoran dari dalam replika kapal yang kami duduk |
fillet steak |
Chicken Golden Blue |
kawan aku yang order chicken golden blue tu puas hati sangat dengan rasa dia..sebab bila cucuk je sudu, terus mengalir keluar cheese dalam ayam tu..dia tu cheese lover..memang dia suka la..
Untuk air plak kami order fresh orange. sedap!!!
Tuesday, September 25, 2012
SEGALA DARI HATI
Itulah yang menyentuhnya
Segala yang dilafazkan
Yang menderu dari hati
Pastikan bisa meleburkan hatta seketul batu
Dan itulah juga yang bisa melembutkan hatinya
Segala yang diberikan
Yang tercetusnya dari hati
Itulah yang ikhlasnya
Pasti bisa membuahkan rasa syukur kepadaNya
Bukannya lafaz, kata, bicara
yang manisnya pada halwa telinga
Bahkan manisnya bak semanis madu
Tapi pada pemilik kata hanya kosong semata
Meluncur laju dari lidahnya sahaja
Pasti tidakkan bisa melembutkan walau hanya sekeping kapas
Dan bagaimana bisa menambat hatinya?
Bukanyya juga pada pemberi
Yang memberi dengan nilaian berjuta
Tapi hakikatnya populariti semata
Pasti yang tinggal hanyalah kebongkakkan
Pasti yang tinggal hanyalah ketamakan
Segala yang datang dari hati
Kan kekal abadi
Bukan hanya dalam memori pendek seorang insan,
Bahkan wujudnya sentiasa
Di dalam kitab Tulisan Atid yang mulia.
membuahkan buah-buah kebahagian
yang berkekalan selamanya
dan kuharapkan bisa menitikan titian sempurna
Buat perjalanan kita disana.